Wednesday, February 19, 2014

Pemerintahan Khulafak Ar-Rasyidin


                                                                PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN
SEMESTER 1

STANDARD KANDUNGAN
:
1
Pemerintahan Zaman Khulafa’ al Rasyidin, Prinsip Pemerintahan dan Penyebaran Islam

STANDARD PEMBELAJARAN
:
1.1
Menjelaskan sejarah pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.1
Menyatakan maksud Khulafa’ al Rasyidin.

:
1.1.2
Menjelaskan biodata ringkas pemerintah Khulafa’ al Rasyidin.

:
1.1.3
Menjelaskan ciri-ciri pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

:
1.1.4
Menerangkan dasar pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

MASA
:
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.1
Menyatakan maksud Khulafa’ al Rasyidin.

i.                     Khulafa Al Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah.
ii.                    Mereka ialah Khalifah Abu Bakar Al Siddiq, Khalifah Umar bin Al Khattab, Khalifah Usman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.2
Menjelaskan biodata ringkaspemerintah Khulafa’ al Rasyidin.

i.                     Khalifah Abu Bakar Assiddiq
a.        Nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
b.       Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
c.        Keturunan Bani Tamim
d.       Lelaki pertama memeluk Islam
e.       Diberi gelaran As Siddiq oleh Rasulullah.
f.         Memerintah dari 11-13H/ 632-634M
g.        Wafat pada 23 Jamadil Akhir tahun 13H

ii.                    Khalifah Umar bin Al Khattab ra.
a.        Nama beliau Umar bin Al Khattab bin Al Naufal
b.       Dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran RAsulullah.
c.        Keturunan Bani ‘Adi.
d.       Memeluk Islam pada tahun ke 6 selepas kerasulan Nabi
e.       Digelar sebagai Al Farouq oleh Rasulullah.
f.         Memerintah dari 13-23H/634-644M, iaitu selama lebih kurang 10 tahun.
g.        Wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun.

iii.                  Khalifah Usman bin Affan
a.        Nama beliau Usman bin Affan bin Al Ash bin Umayyah
b.       Dilahirkan pada 576M, enam tahun selepas tahun gajah di Mekah.
c.        Berketurunan Bani Umayyah.
d.       Digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah.
e.       wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak.

iv.                  Khalifah Ali bin Abi Talib.
a.        Nama beliau Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib.
b.       Dilahirkan 10 tahun sebelum Nabi menjadi RAsul, iaitu pada tahun 601M di Mekah.
c.        Berketurunan Bani Hasyim.
d.       Kanak-kanak pertama memeluk Islam
e.       Digelar Abu AlHasan dan Abu Turab.
f.         Wafat pada 17 Ramadhan tahun 41H/661M.


KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.3
Menerangkan ciri-ciri pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.


Ciri-ciri Kepimpinan/pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin : -
         i.            Merupakan sumber rujukan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
        ii.            Mereka adalah golongan terpilih lagi bijaksana, berilmu, amanah, adil, tawaduk, berani, ikhlas dan berpendirian tegas.
      iii.            Mereka memperketatkan undang2 berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
      iv.            Rakyat dilayan sama rata.
        v.            Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah pemimpin yang bersifat terbuka. Sedia menerima pendapat rakyat.
      vi.            Mereka banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan agama Allah.


KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.4
Menerangkan dasar pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

i.                     Undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan sunnah
ii.                    Khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad
iii.                  Khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil
iv.                  Khalifah adalah ketua Negara
v.                    Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang.
vi.                  Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
vii.                 Pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara.
viii.               Rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah
ix.                  Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin.



KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.1
Menyatakan tentang faktor-faktor penyebaran Islam Zaman Khulafa’ al-Rasyidin.


1.2.2
Menjelaskan strategi penyebaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.


1.2.3
Menjelaskan impak penyebaran Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.1
Menyatakan tentang faktor-faktor penyebaran Islam Zaman Khulafa’ al-Rasyidin.

i.                     Ketegasan khalifah dalam mempertahankan kesucian Islam.
   Contoh : Tindakan Khalifah Abu Bakar memerangi golongan murtad dan nabi palsu selepas Rasulullah wafat.
ii.                    Corak kepimpinan khalifah yang berpandukan al-Quran dan Hadis.
   Contoh  : Pelaksanaan hukum hudud menepati perintah Allah.
iii.                  Usaha pengumpulan dan pembukuan al-Quran.


KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.2
Menjelaskan strategi penyebaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

i.                     Perluasan wilayah melalui pembebasan negeri-negeri taklukan Rom dan Parsi.
ii.                    Mengutus gabenor dan pendakwah untuk mengembangkan Islam.
iii.                  Melakukan pembaharuan dalam pentadbiran.
-          Menubuhkan Majlis Syura
-          Menubuhkan Jabatan
-          Pentadbiran Wilayah
iv.                  Keindahan dan tarikan ajaran Islam.
-          Menghapuskan perhambaan
-          Mengiktiraf kedudukan wanita
-          Keadilan undang2 Islam

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.3
Menjelaskan impak penyebaran Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin

Aqidah :
-          Kehidupan mereka berpandukan aqidah yang benar dan bersih daripada amalan khurafat dan bidaah.
-          Merealisasikan tuntutan Islam melalui perkataan dan perbuatan.

Politik :
-          Melaksanakan keputusan berdasarkan Majlis Syura.
-          Penyebaran dakwah dilakukan oleh individu dan kerajaan.
-          Ilmu pengetahuan diberi keutamaan dalam kehidupan.

Sosial :
-          Cara hidup berdasarkan syariat Islam.
-          Golongan miskin sentiasa mendapat pembelaan daripada pemimpin.
-          Semua rakyat samada Islam atau bukan Islam diberi kebebasan untuk mengamalkan agamanya.

Ekonomi :
-          Pendakwah diberikan imbuhan sebagai galakan menyebarkan Islam.

























No comments:

Post a Comment