Sunday, February 23, 2014

Imam Syafe'i


IMAM AS-SYAFEI
SEMESTER 1

STANDARD KANDUNGAN
:
2
Imam al Syafie Rahimahullah

STANDARD PEMBELAJARAN
:
2.1
Menjelaskan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.1
Menyatakan riwayat hidup Imam al SyafieRahimahullah secara ringkas.

:
2.1.2
Menyatakan sifat peribadi Imam al Syafie Rahimahullah.

:
2.1.3
Menjelaskan kegigihan Imam al SyafieRahimahullahdalam menuntut ilmu.

:
2.1.4
Menjelaskan sumbangan Imam al Syafie Rahimahullah kepada tamadun Islam.

:
2.1.5
Menerangkan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.

:
2.1.6
Sentiasa mencontohi kegigihan Imam al Syafie Rahimahullah dalam menuntut ilmu.

MASA
:
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.1
Menyatakan riwayat hidup Imam al SyafieRahimahullah secara ringkas.

         i.            Nama sebenar ialah Muhammad bin Idris bin Al Abbas bin Usman bin Syafi’ bin Saib.
        ii.            Keturunannya bertemu dengan salsilah Nabi pada datuknya Abdu Manaf.
      iii.            Dilahirkan Ghazzah(Gaza) daerah Asqalan, Palestin pada tahun 150H/767M.
      iv.            Gelaran As Syafie adalah sempena datuknya iaitu Syafi’ bin Saib.
        v.            Meninggal dunia pada 29 Rajab tahun 204H/820M di Mesir.




KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.2
Menyatakan sifat peribadi Imam al Syafie Rahimahullah.

         i.            Kuat ingatan dan boleh menghafaz kesemua pelajaran yang diajar.
        ii.            Gigih dalam menuntut ilmu.
      iii.            seorang yang terang hati,
      iv.            rajin.
        v.            peribadinya yang sangat tinggi.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.3
Menjelaskan kegigihan Imam al SyafieRahimahullahdalam menuntut ilmu.

         i.            Imam As-Syafie mula belajar Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan dapat hafaz al-Quran ketika usia 9 tahun
        ii.            Ketika usia 12 tahun, beliau hafal kitab Al-Muwattok, karangan Imam Malik
      iii.            Beliau banyak menghabiskan masa remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram
      iv.            Beliau belajar dengan beberapa tokoh ulama hadis yang masyur seperti imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami
        v.            Beliau juga mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk menuntut ilmu.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.4
Menjelaskan sumbangan Imam al Syafie Rahimahullah kepada tamadun Islam.
         i.            Mengasas kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum
        ii.            Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu
      iii.            Berijtihad mengikut tempat dan suasana
      iv.            Berhujah dengan golongan antihadis. Perdebatan ini disebutkan dalam kitab Ar-Risalah
        v.            Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat
      vi.            Pengasas mazhab Syafie

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.5
Menerangkan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.


         i.            Kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu.
        ii.            Disiplin – sangat menjaga masa.

      iii.            Mengambil berat tentang pelajaran Al Quran pada usia yang muda.

Saturday, February 22, 2014

Modul Ayat AL-Quran Hafazan Semester 1

MODUL AYAT  AL-QURAN HAFAZAN SEMESTER 1
\
1.       SURAH AL-ASR
2.       SURAH HUMAZAH
3.       SURAH AL-FIL
4.       SURAH QURAISH
5.       SURAH AL-MAUN
6.       SURAH AL-KAUTHAR
7.       SURAH AL-KAFIRUN


Skala penilaian :

Bil.
Aspek
Gred
Kriteria
1.0
Menghafaz ayat-ayat Quran :
  • Tajwid
  • Fasahah
  • Lancar
Cemerlang
(8-10)
Memenuhi kesemua kriteria berikut :
1.       Menghafaz ayat al-Quran dengan betul.
2.       Menghafaz ayat al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul.
3.       Menghafaz ayat al-Quran dengan lancar.

Kepujian
(4-7)
Memenuhi kriteria 1 dan 2
Memuaskan
(1-3)
Memenuhi  kriteria 1 sahaja







Wednesday, February 19, 2014

Konsep Akhlak Islamiah



                                                                KONSEP AKHLAK ISLAMIAH
                                                                             SEMESTER 1


STANDARD KANDUNGAN
:
6.1
Memahami dan menjelaskan konsep akhlak Islamiah

STANDARD PEMBELAJARAN
:
6.1
Menjelaskan  konsep akhlak Islamiah

KRITERIA PENCAPAIAN
:

6.1.1

Menyatakan  maksud  akhlak Islamiah dan contohnya.


6.1.2
Membezakan sifat mahmudah dengan sifat mazmumah



6.1.3
Berusaha beramal dengan sifat mahmudah 

MASA
:
1 JAM

KRITERIA PENCAPAIAN
:

6.1.1

Menyatakan  maksud  akhlak Islamiah dan contohnya

1.             Dalam Islam , akhlak bersumberkan dari dua sumber yang utama iaitu al- Quran dan as -
              sunah. Menurut Imam Ghazali, maksud akhlak Islamiah ialah suatu sifat yang tertanam
              dalam  jiwa  yang daripadanya timbul perbuatan  perbuatan tanpa pertimbangan akal
              fikiran  terlebih  dahulu. Contoh : menghormati ibu bapa   dan amanah dalam pekerjaan.
2              Firman Allah Taala:  “ Sesungguhnya Engkau seorang yang memiliki peribadi yang
               agung ( mulia)”
3              Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk
               menyempurnakan akhlak yang mulia.“
4.             Maksud sifat mahmudah  adalah sifat  yang terpuji.
5.             Manakala sifat mazmumah adalah lawan sifat mahmudah.  Mazmumah bermaksud sifat
              yang  keji.
KRITERIA PENCAPAIAN
:

6.1.2

Membezakan sifat mahmudah dengan sifat mazmumah

Sifat Mahmudah
Sifat Mazmumah

Akhlak yang terpuji seperti ikhlas, sabar,
syukur, khauf  ( takut kemurkaan) raja’  (mengharapkan redha Allah, adil, amanah dan
tawaduk.

Akhlak yang terkeji seperti pemarah, bakhil, pendendam, hasad dengki, tamak, takabbur , sombong, riya’,’ ujub ,cintakan dunia dan kemegahan .

KRITERIA PENCAPAIAN
:

Berusaha beramal dengan sifat mahmudah 

-Taat kepada Allah dan Rasul

-Sentiasa rajin  menuntut ilmu

 -Istiqamah dalam melakukan kebaikan


Pemerintahan Khulafak Ar-Rasyidin


                                                                PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN
SEMESTER 1

STANDARD KANDUNGAN
:
1
Pemerintahan Zaman Khulafa’ al Rasyidin, Prinsip Pemerintahan dan Penyebaran Islam

STANDARD PEMBELAJARAN
:
1.1
Menjelaskan sejarah pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.1
Menyatakan maksud Khulafa’ al Rasyidin.

:
1.1.2
Menjelaskan biodata ringkas pemerintah Khulafa’ al Rasyidin.

:
1.1.3
Menjelaskan ciri-ciri pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

:
1.1.4
Menerangkan dasar pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

MASA
:
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.1
Menyatakan maksud Khulafa’ al Rasyidin.

i.                     Khulafa Al Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah.
ii.                    Mereka ialah Khalifah Abu Bakar Al Siddiq, Khalifah Umar bin Al Khattab, Khalifah Usman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.2
Menjelaskan biodata ringkaspemerintah Khulafa’ al Rasyidin.

i.                     Khalifah Abu Bakar Assiddiq
a.        Nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
b.       Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
c.        Keturunan Bani Tamim
d.       Lelaki pertama memeluk Islam
e.       Diberi gelaran As Siddiq oleh Rasulullah.
f.         Memerintah dari 11-13H/ 632-634M
g.        Wafat pada 23 Jamadil Akhir tahun 13H

ii.                    Khalifah Umar bin Al Khattab ra.
a.        Nama beliau Umar bin Al Khattab bin Al Naufal
b.       Dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran RAsulullah.
c.        Keturunan Bani ‘Adi.
d.       Memeluk Islam pada tahun ke 6 selepas kerasulan Nabi
e.       Digelar sebagai Al Farouq oleh Rasulullah.
f.         Memerintah dari 13-23H/634-644M, iaitu selama lebih kurang 10 tahun.
g.        Wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun.

iii.                  Khalifah Usman bin Affan
a.        Nama beliau Usman bin Affan bin Al Ash bin Umayyah
b.       Dilahirkan pada 576M, enam tahun selepas tahun gajah di Mekah.
c.        Berketurunan Bani Umayyah.
d.       Digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah.
e.       wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak.

iv.                  Khalifah Ali bin Abi Talib.
a.        Nama beliau Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib.
b.       Dilahirkan 10 tahun sebelum Nabi menjadi RAsul, iaitu pada tahun 601M di Mekah.
c.        Berketurunan Bani Hasyim.
d.       Kanak-kanak pertama memeluk Islam
e.       Digelar Abu AlHasan dan Abu Turab.
f.         Wafat pada 17 Ramadhan tahun 41H/661M.


KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.3
Menerangkan ciri-ciri pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.


Ciri-ciri Kepimpinan/pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin : -
         i.            Merupakan sumber rujukan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
        ii.            Mereka adalah golongan terpilih lagi bijaksana, berilmu, amanah, adil, tawaduk, berani, ikhlas dan berpendirian tegas.
      iii.            Mereka memperketatkan undang2 berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
      iv.            Rakyat dilayan sama rata.
        v.            Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah pemimpin yang bersifat terbuka. Sedia menerima pendapat rakyat.
      vi.            Mereka banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan agama Allah.


KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.1.4
Menerangkan dasar pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

i.                     Undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan sunnah
ii.                    Khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad
iii.                  Khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil
iv.                  Khalifah adalah ketua Negara
v.                    Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang.
vi.                  Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
vii.                 Pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara.
viii.               Rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah
ix.                  Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin.



KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.1
Menyatakan tentang faktor-faktor penyebaran Islam Zaman Khulafa’ al-Rasyidin.


1.2.2
Menjelaskan strategi penyebaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.


1.2.3
Menjelaskan impak penyebaran Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.1
Menyatakan tentang faktor-faktor penyebaran Islam Zaman Khulafa’ al-Rasyidin.

i.                     Ketegasan khalifah dalam mempertahankan kesucian Islam.
   Contoh : Tindakan Khalifah Abu Bakar memerangi golongan murtad dan nabi palsu selepas Rasulullah wafat.
ii.                    Corak kepimpinan khalifah yang berpandukan al-Quran dan Hadis.
   Contoh  : Pelaksanaan hukum hudud menepati perintah Allah.
iii.                  Usaha pengumpulan dan pembukuan al-Quran.


KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.2
Menjelaskan strategi penyebaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

i.                     Perluasan wilayah melalui pembebasan negeri-negeri taklukan Rom dan Parsi.
ii.                    Mengutus gabenor dan pendakwah untuk mengembangkan Islam.
iii.                  Melakukan pembaharuan dalam pentadbiran.
-          Menubuhkan Majlis Syura
-          Menubuhkan Jabatan
-          Pentadbiran Wilayah
iv.                  Keindahan dan tarikan ajaran Islam.
-          Menghapuskan perhambaan
-          Mengiktiraf kedudukan wanita
-          Keadilan undang2 Islam

KRITERIA PENCAPAIAN
:
1.2.3
Menjelaskan impak penyebaran Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin

Aqidah :
-          Kehidupan mereka berpandukan aqidah yang benar dan bersih daripada amalan khurafat dan bidaah.
-          Merealisasikan tuntutan Islam melalui perkataan dan perbuatan.

Politik :
-          Melaksanakan keputusan berdasarkan Majlis Syura.
-          Penyebaran dakwah dilakukan oleh individu dan kerajaan.
-          Ilmu pengetahuan diberi keutamaan dalam kehidupan.

Sosial :
-          Cara hidup berdasarkan syariat Islam.
-          Golongan miskin sentiasa mendapat pembelaan daripada pemimpin.
-          Semua rakyat samada Islam atau bukan Islam diberi kebebasan untuk mengamalkan agamanya.

Ekonomi :
-          Pendakwah diberikan imbuhan sebagai galakan menyebarkan Islam.