Sunday, February 23, 2014

Imam Syafe'i


IMAM AS-SYAFEI
SEMESTER 1

STANDARD KANDUNGAN
:
2
Imam al Syafie Rahimahullah

STANDARD PEMBELAJARAN
:
2.1
Menjelaskan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.1
Menyatakan riwayat hidup Imam al SyafieRahimahullah secara ringkas.

:
2.1.2
Menyatakan sifat peribadi Imam al Syafie Rahimahullah.

:
2.1.3
Menjelaskan kegigihan Imam al SyafieRahimahullahdalam menuntut ilmu.

:
2.1.4
Menjelaskan sumbangan Imam al Syafie Rahimahullah kepada tamadun Islam.

:
2.1.5
Menerangkan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.

:
2.1.6
Sentiasa mencontohi kegigihan Imam al Syafie Rahimahullah dalam menuntut ilmu.

MASA
:
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.1
Menyatakan riwayat hidup Imam al SyafieRahimahullah secara ringkas.

         i.            Nama sebenar ialah Muhammad bin Idris bin Al Abbas bin Usman bin Syafi’ bin Saib.
        ii.            Keturunannya bertemu dengan salsilah Nabi pada datuknya Abdu Manaf.
      iii.            Dilahirkan Ghazzah(Gaza) daerah Asqalan, Palestin pada tahun 150H/767M.
      iv.            Gelaran As Syafie adalah sempena datuknya iaitu Syafi’ bin Saib.
        v.            Meninggal dunia pada 29 Rajab tahun 204H/820M di Mesir.




KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.2
Menyatakan sifat peribadi Imam al Syafie Rahimahullah.

         i.            Kuat ingatan dan boleh menghafaz kesemua pelajaran yang diajar.
        ii.            Gigih dalam menuntut ilmu.
      iii.            seorang yang terang hati,
      iv.            rajin.
        v.            peribadinya yang sangat tinggi.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.3
Menjelaskan kegigihan Imam al SyafieRahimahullahdalam menuntut ilmu.

         i.            Imam As-Syafie mula belajar Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan dapat hafaz al-Quran ketika usia 9 tahun
        ii.            Ketika usia 12 tahun, beliau hafal kitab Al-Muwattok, karangan Imam Malik
      iii.            Beliau banyak menghabiskan masa remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram
      iv.            Beliau belajar dengan beberapa tokoh ulama hadis yang masyur seperti imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami
        v.            Beliau juga mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk menuntut ilmu.

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.4
Menjelaskan sumbangan Imam al Syafie Rahimahullah kepada tamadun Islam.
         i.            Mengasas kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum
        ii.            Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu
      iii.            Berijtihad mengikut tempat dan suasana
      iv.            Berhujah dengan golongan antihadis. Perdebatan ini disebutkan dalam kitab Ar-Risalah
        v.            Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat
      vi.            Pengasas mazhab Syafie

KRITERIA PENCAPAIAN
:
2.1.5
Menerangkan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.


         i.            Kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu.
        ii.            Disiplin – sangat menjaga masa.

      iii.            Mengambil berat tentang pelajaran Al Quran pada usia yang muda.

No comments:

Post a Comment